Kemahiran Interpersonal
Menurut Teori Multiple Intelligences (Gardner,1993), kemahiran interpersonal adalah keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain dan memahami mereka. Kemahiran interpersonal terdiri daripada keupayaan menerima perasaan seseorang individu berkaitan sesuatu perkara iaitu memahami apa yang dirasa oleh orang lain. Selain itu, keupayaan menerima idea dan pandangan seseorang terhadap diri sendiri dan berkaitan sesuatu perkara atau peristiwa juga amat penting.
Individu yang mempunyai kemahiran interpersonal yang tinggi amat berminat untuk menyoal bagi mendapatkan penjelasan dan penerangan mengenai sesuatu perkara berkaitan dirinya dan orang lain. Individu ini juga mempunyai kemahiran menyampaikan maklumat yang tinggi supaya boleh menyampaikan maklumat kepada orang lain dengan mudah.
Kemahiran interpersonal mempunyai enam ciri iaitu :
1. Penglibatan individu sebagai ahli dalam sesebuah kerja kumpulan. Ia merujuk kepada bagaimana ahli memainkan peranan dengan baik dan memberikan sumbangan kepada kumpulan.
2. Kebolehan individu memberikan tunjuk ajar kepada individu lain bukan sebagai ketua tetapi sebagai individu yang setara kedudukan sosialnya dengan individu yang diberi tunjuk ajar.
3. Kebolehan memimpin iaitu kemahiran memimpin organisasi walaupun dalam kumpulan yang kecil.
4. Kebolehan berunding dan menyelesaikan masalah.
5. Kemahiran pengurusan pelanggan khusus bagi sektor niaga dan kemahiran pekerja dengan persekitaran budaya yang pelbagai.
6. Penyesuaian diri dalam sistem sosial.
KEPENTINGAN KOMUNIKASI INTERPERSONAL KEPADA INDIVIDU, ORGANISASI DAN KOMUNITI.
a) Membina hubungan sosial
Memahami dan menghormati unsur sosio budaya masyarakat termasuk persamaan dan perbezaan antara sosiobudaya. Contohnya masyarakat berbilang kaum, kepercayaan dan agama.
b) Wacana ilmu
Membantu mendalami pelbagai disiplin ilmu.
c) Perundingan
Mencapai persetujuan bersama.
d) Kerjaya
Dapat menjelaskan bidang kepakaran dan tahap Kecekapan profesionalisma.
e) Komuniti
Memahami, menghormati dan menimbulkan rasa penerimaan dalam komuniti. Situasi menjadi ceria.
f) Bimbingan
Membantu menyampaikan idea, maklumat, perasaan dan ekspresi tingkahlaku antara satu sama lain.
BAGAIMANA MENGHADAPI HALANGAN KOMUNIKASI INTERPERSONAL.
a. Pengaliran maklumat yang ditapis
Hanya maklumat yang terpenting perlu di sampaikan. Maklumat yang tidak penting boleh diabaikan.
b. Galakkan maklumbalas
Pastikan setiap maklumat yang disampaikan dapat difahami. Maklumbalas boleh didapati dalam bentuk lisan dan bukan lisan.
c. Maklumat yang jelas dan mudah
Gunakan bahasa yang mudah dan senang difahami oleh pendengar.
d. Mendengar secara aktif
Jadilah pendengar yang baik dengan memberi sepenuh perhatian.
e. Elakkan terlalu emosional
Di dalam proses komunikasi elakkan dari terlalu sentimental. Lebih bersikap rasional. Gunakan bahasa badan atau isyarat.
g) Meningkatkan keyakinan diri ( self esteem )
Menerima pengiktirafan kendiri dan komuniti dengan jujur dan tulin.
h) Hidup menjadi lebih bermakna
Memberikan tindakbalas terhadap pengukuhan positif. Individu menjadi lebih bermotivasi.
i) Meluaskan jaringan komunikasi
Membina kemesraan antara individu dan kumpulan seterusnya menjadi sahabat yang berwawasan.
j) Klarifikasi
Berupaya meluahkan perasaan atau pemikirannya dengan bahasa dan gaya tersendiri serta mempunyai maksud yang tersirat. Contohnya kata-kata sindirin, analogi, nukilan
Rujukan :
https://www.scribd.com/document/48970073/KEMAHIRAN-INTERPERSONAL
Rosinah Edinin. (2014). Kemahiran Belajar. Kuala Lumpur: freemind horizons sdn. bhd.
Kemahiran Belajar (GKB 1053)
Nama pensyarah :
Puan Vennila Veerappan
Disediakan oleh :
1. Arifah Binti Azlan Shah
2. Raja Annur Syifa Binti Raja Anuar
No comments:
Post a Comment